2015 SEA Games

Sukan Asia Tenggara 2015, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-28 atau Sukan SEA ke-28 merupakan temasya sukan Asia Tenggara yang diadakan di negara kota Singapura. Kali ini merupakan kali keempat Singapura menganjurkan temasya Sukan SEA dan kali pertamanya sejak tahun 1993. Sebelum ini, Singapura juga pernah menganjurkan temasya sukan tersebut pada tahun 1973 dan 1983. Singapura telah dianugerahkan hak penganjuran Sukan Asia Tenggara pada tahun 2011 selepas beberapa kali penundaan sejak 2007, disebabkan pembinaan Stadium Nasional baru. Temasya sukan tersebut diadakan dari 05 hingga 16 Jun 2015, walaupun beberapa acara sukan sudah bermula sejak 29 Mei 2015. Kira-kira 4370 orang atlet menyertai temasya sukan tersebut yang telah mempertandingkan 402 acara dalam 36 sukan. Ia telah dibuka oleh Tony Tan Keng Yam, Presiden Singapura di stadium yang dinyatakan sebelumnya.Jadual pingat terakhir didahului oleh Thailand, diikuti tuan rumah Singapura dan Vietnam. Beberapa rekod Asia, temasya dan kebangsaan telah dipecahkan sepanjang temasya sukan berlangsung. Walaupun terdapat sedikit kontroversi, temasya sukan tersebut secara umumnya diadakan dengan jayanya dengan pengurusan kos diperuntukkan untuk menganjurkan sukan, perkiraan kenderaan awam dan promosi temasya sukan yang berkesan dan peningkatan taraf pertandingan antara negara-negara Asia Tenggara.

2015 SEA Games

Upacara pembukaan 05 Jun 2015
Penyertaan atlet lebih 7000
Acara 402 dalam 36 Sukan
Pembaca ikrar atlet Lim Qing Yi
Bandar tuan rumah Singapura
Penyertaan negara 11
Laman sesawang seagames2015.com
Penyala obor Fandi Ahmad
Irfan Fandi
Tempat upacara Stadium Nasional Singapura
Cogan kata Celebrate The Extraordinary
( Meraikan Yang Luar Biasa )
Upacara penutupan 16 Jun 2015